TAHUKAH ANDA KENAPA "MEREKA" TELAH MENGHARAMKAN DAUN MARIJUANA (GANJA)?


Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan oleh “mereka” bahawa kononnya Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya.

Adakah motif sebenar “mereka” berkata begitu?


Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?

Perbezaannya ialah:

Daun Marijuana (ganja) merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak.

Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.

Sepatutnya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.

Tetapi kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?

Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?

Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus. 

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.

Medical College Of Virginia

Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai Marijuana. Dia hanya memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan tersebut tidak mahu meneruskan kajian tersebut.

Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.

Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi .......


Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran. 
Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.


Gambar dibawah menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.

Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.


Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.


Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak? 

Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian?


Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu. 


Adakah manusia pernah meninggal dunia akibat menggunakan Marijuana sebagai ubat?
Jawapannya ialah:

TIDAK ADA.


Daun Marijuana juga mempunyai banyak kegunaan yang lain seperti bahan api untuk kenderaan, kertas, pakaian dan banyak lagi.........



Sekiranya daun Marijuana (ganja) baru saja dijumpai oleh manusia di hutan Amazon, sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menanam pohon Marijuana. 

Tetapi sungguh sedih, kerana pohon Marijuana telahpun ditemui oleh manusia sejak beratus tahun dahulu mengakibatkan pohon Marijuana telah menjadi mangsa ketidakadilan dan ketamakan manusia yang gila kuasa, gila kekayaan dan gila pangkat.

Akhirnya pohon Marijuana telah didapati "bersalah" dan telah dijatuhkan hukuman "gantung sampai mati" oleh orang-orang yang bodoh dan berkepentingan.


KERAJAAN MALAYSIA TELAH MENGHARAMKAN BLOG "BUMI YANG TERCINTA"


Blog kita ini tidak dapat diakses oleh rakan dari Malaysia sejak 7hb November 2015.

Pengharaman blog ini oleh kerajaan Malaysia telah membuktikan bahawa semua yang disiarkan di blog ini adalah perkara yang benar, benar, benar dan benar.


Untuk rakan yang tidak dapat akses blog ini, anda boleh guna ProxySite.com di bawah ini dan sila taip alamat blog ini dibahagian yang ditulis "Enter Url".

https://www.proxysite.com/

Atau anda boleh akses blog salinan (copy) dibawah:

http://bumiyangtercinta2.blogspot.my/


“SYAITAN” SEDANG MENGGANGGU CUACA DI BUMI KITA.


Adakah anda sedar bahawa cuaca di bumi kita sekarang telah menjadi tidak menentu?
Asyik berlaku kemarau, jerebu, banjir besar, tsunami, ribut taufan, gempa bumi, …………

Adakah semua ini berlaku secara semula jadi?
Sedangkan cuaca dibumi kita 50 tahun dahulu tidak pernah menjadi seperti kini.

Jawapannya ialah cuaca di bumi kita kini bukan lagi semulajadi tetapi telah di “KACAU” oleh “SYAITAN” yang bertopengkan manusia.

Pernahkah anda mendengar perkataan “HAARP”?

“HAARP” atau digelar sebagai  High Frequency Active Auroral Research Program merupakan suatu teknologi yang digunakan untuk mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya gempa bumi, tsunami, puting beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak lagi.


HAARP juga boleh digunakan untuk mengganggu sistem komunikasi di seluruh dunia.
HAARP sering digunakan sebagai senjata oleh pihak Israel, Amerika dan Russia untuk melawan negara atau wilayah yang mereka musuhi. Ini adalah cara peperangan yang terkini (Modern War).

Gambar dibawah menunjukkan lokasi HAARP yang terdapat di bumi kita:


 1)      Gakona di Alaska,


 2)      Broome di Australia,


Selain dari HAARP, terdapat juga nama lain yang fungsinya sama seperti HAARP iaitu:
1) Mu Radar – 1 megawatt (kekuatan) di Jepun.
2) Arecibo Observatory – 2 megawatt (kekuatan) di Puerto Rico.
3) HIPAS – 70 megawatt (kekuatan) di timur Alaska.
4) Sura – 190 megawatt (kekuatan) di Russia.
5) EISCAT – 1 gigawatt (kekuatan) di Tromsø, Norway.


Berikut adalah contoh bencana alam yang dihasilkan oleh HAARP:

1)   Ribut taufan Katrina (August 23-30, 2005).



2)  Ribut taufan Ophelia (September 8-16, 2005).



3)  Ribut taufan Bertha (July 8, 2008).



4)  Myanmar Cyclone Nargis (2008). 



5)  Gempa bumi di China (12 May 2008).




Bagaimanakah HAARP berfungsi?

Gelombang yang dijana dari stesen HAARP akan dipancarkan ke bahagian yang tertentu pada bahagian ionosfera di mana-mana bahagian di dalam dunia. Gelombang tersebut seterusnya akan mengganggu kestabilan ionosfera dan menyebabkan akan berlakunya penolakan ke arah luar bumi. Lapisan ionosfera yang terganggu tadi secara semulajadinya akan kembali ke keadaan asal. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya satu penolakan gelombang semula ke muka bumi. Gelombang inilah yang akan menyebabkan kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami, gempa bumi dan sebagainya.

Sekiranya mereka ingin membentuk tsunami seperti yang berlaku di Jepun, mereka hanya perlu halakan gelombang tersebut ke arah laut kerana gelombang tersebut akan membelah permukaan laut dan seterusnya menyebabkan gempa di bawah laut. Maka terhasillah tsunami. Bagi menghasilkan bencana alam atau cuaca yang mereka ingini, mereka hanya perlu menggunakan frekuensi yang berlainan dan memancarnya ke arah ionosfera pada tempoh yang tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka ingini.




Banjir besar di Kelantan pada 24 Disember 2014  adalah kerana HAARP.

Fakta Penting:
1) Banjir di Kelantan pada 24 Disember 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia.
2)  Tempiasnya merebak sehingga negeri Pahang dan Terengganu.

"Bencana banjir tahun ini amat luar biasa dan menggerunkan," begitulah luahan penduduk Kampung Batu Papan di Gua Musang apabila kampung mereka seolah-olah sebuah pulau selepas digenangi 90 peratus air dan hanya tinggal 10 peratus daratan.

Fakta diatas menunjukkan bukti yang kukuh bahawa kejadian banjir di Kelantan pada 24 Disember 2014 adalah berpunca dari HAARP.

Kenapakah "mereka" memilih Kelantan? 
Silalah berfikir.........